Red Giants berpesta jaringan benam Sabah

Kota Kinabalu: Selangor FC membelasah Sabah FC, 6-0 di laman sendiri, Stadium Likas, dalam saingan Liga Super, malam ini.

Kekalahan itu meneruskan rentetan kekalahan skuad Sang Badak dalam saingan liga selepas dibelasah UiTM FC, 4-0 di Shah Alam, 28 Ogos lalu.

Tonggak import pasukan Red Giants, Ifedayo Omosuyi memulakan pesta pelawat menerusi jaringan awal pada minit ke-22 berikutan kesilapan pemain Sabah yang tersalah menghantar bola di hadapan gawang sendiri.

Seminit kemudian Ifedayo sekali lagi bijak mencvri peluang apabila menerima hantaran bola daripada rakan untuk membolehkannya menambah jaringan.

Pelawat terus selesa di depan menerusi gol ketiga pada minit ke-45 menerusi Mukhari Ajmal sebelum rehat separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, Selangor menambah gol keempat menerusi Nor Hakim Hassan beberapa minit selepas aksi bermula.

Sekalipun Sabah yang dilihat tertekan cuba menyusun gerakan mencari gol namun usaha berkenaan tidak berjaya.

Sumber:HM

Selangor terus menambah derita tuan rumah menerusi jaringan Danial Asri pada minit ke-74 dan Ifedayo melengkapkan hatrik pada minit ke-88.