Red Giants bakal muncul kuasa utama Liga M

AWAN hitam yang menyelubungi Selangor sepanjang musim lalu dilihat kembali cerah dan skuad itu dijangka tampil lebih ampuh menjelang saingan Liga Malaysia musim depan.

Dua penggempur Red Giants, Rufino Segovia dan Wan Zack Haiqal disahkan bebas daripada keced3raan serius dan bersedia untuk kembali memperkuatkan pasukan khususnya di jentera hadapan.

Rufino yang dinobatkan selaku pemenang Kasut Emas musim 2018 mengalami keced3raan urat tumit manakala Wan Zack pula mengalami keced3raan l!gamen lutut, dengan kedua-duanya terpaksa diketepikan.

Menurut pengendali pasukan, B Sathianathan, kehadiran semula dua pemain itu dapat memberi lebih pilihan dalam kesebelasan utama pasukan.

“Mereka ini sudah pul!h tetapi Rufino saya akan pantau lagi sehingga bulan depan manakala Wan Zack tak ada mas4lah dan sedia untuk bermain.

“Kedua-duanya pemain yang bagus, tetapi mereka tetap kena bersaing dengan rakan sepasukan lain di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi semalam

Selain khidmat dua pemain itu, Red Giants turut memiliki seorang lagi ayam tambatan dari Nigeria, Ifedayo Olusegun serta beberapa pemain tempatan seperti Syazwan Zainon, Sean Selvaraj dan Khyril Muhymeen.

Ditanya adakah akan lebih berh4ti-h4ti dalam membariskan pemain pada aksi pramusim bagi mengelak ins!den sama seperti Wan Zack berulang, beliau mengakui tidak akan ‘menyimpan’ mana-mana pemain.

“Ya betul Wan Zack cedera sebelum Liga Malaysia bermula lagi awal tahun lalu. Tetapi perkara itu tidak merisaukan saya kerana pemain kena buktikan kemampuan mereka dalam aksi pramusim.

“Kalau pemain tak tunjukkan prestasi sebenar dalam pramusim, macam mana mereka nak dapat kec3rgasan dan persefahaman. Dalam bola sepak sentiasa ada risiko, keced3raan boleh datang pada bila-bila masa,” katanya.

Selangor dijadual menyertai saingan Cabaran Asia 2020 membabitkan tiga kelab rantau ini iaitu Hanoi FC (Vietnam), Bangkok United (Thailand) dan Persib Bandung (Indonesia) yang akan berlangsung pada 18-19 Januari ini di Stadium Shah Alam.