Reaksi Dr Zulkifli Bila Akhirnya Liverpool Bergelar Juara EPL

KUALA LUMPUR: Susulan kejayaan Liverpool menamatkan penantian 30 tahun menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL), kemenangan itu pasti turut menggembirakan penyokong Liverpool di Malaysia.

Antara penyokong Liverpool ‘berprofil tinggi’ di negara ini termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang sebelum ini memang diketahui umum meminati pasukan yang dibarisi pemain Muslim seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Ketika ditanya mengenai perasaan The Reds menjulang kejuaraan terbabit, Dr Zulkifli memberikan jawapan yang jelas mencuit hati pengguna laman media sosial itu.

Menerusi pertanyaan Farhan Nearhan, pengguna Twitter itu bertanya ‘Assalamualaikum Dr Zul. Apa rasanya perasaan Dr Zul bila Liverpool akhirnya champion (juara)?’

Dr Zul membalas ‘Boleh tanya kepada selain penyokong Liverpool,” katanya sambil menunjukkan emoji ‘victory hand.’

Jawapan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu diulangciap sebanyak lebih 3,600 kali dan mendapat tanda suka lebih 6,100 kali setakat jam 4 petang.

Beberapa pengguna terhibur dengan jawapan Dr Zulkifli antaranya EncikB yang menyatakan dia gembira dengan rakannya yang menunggu sejak sekolah menengah sehingga memiliki seorang anak sebelum dapat melihat Liverpool menjulang EPL dan menyifatkan kesetiaan itu mahal.

Mohd Farhan LFC pula berkata ‘steady Datuk’ sambil menyertakan emoji trofi dan tanda pagar #YNWA (Anda tidak berjalan sendirian).

Haq Musafir pula berkata ‘kasi chance ustaz. Dah 30 tahun tak pernah jadi champion. Heheh.’