Kedudukan Ini Buat Penyokong Setia JDT Gembira

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri apabila berada dalam kedudukan 50 kelab bola sepak terbaik di Asia mengikut data yang dikeluarkan oleh FootyRanking.

Pada kedudukan semasa, JDT kini mengumpul 26.53 mata dalam 4 tahun terkini prestasi kelab itu dalam kejohanan di peringkat Asia. Data itu juga masih belum mengira mata yang akan diperolehi untuk musim 2020.

Mengikut data itu, jumlah mata yang telah dikutip oleh pasukan JDT adalah seperti berikut;

2017: 9.22 mata
2018: 5.83 mata
2019: 7.00 mata

Dengan mengambil kira 20% dari mata MA Ranking iaitu 4.48 mata, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan kepada 26.53 mata.

Jika diperhatikan diperingkat ASEAN pula, JDT berada dikedudukan ke-6 dibelakang kelab-kelab dari Thailand dan juga Vietnam seperti dibawah;

  1. Buriram United (Thailand): 40.47 mata
  2. Ceres Negros (Filipina): 39.79 mata
  3. Muangthong United: 32.74 mata
  4. Home United: 29.41 mata
  5. Hanoi FC: 27.11 mata
  6. JDT: 26.53 mata

sumber: vocketfc

Berdasarkan kedudukan 6 pasukan terbaik diatas, kita dapat melihat dengan jelas bahawa prestasi yang cemerlang dalam saingan AFC Champions League serta konsistensi yang dipamerkan dalam saingan AFC Cup memberikan impak yang cukup kuat bagi kelab-kelab untuk berada ditahap sekarang.

‘Gap’ yang cukup besar untuk pasukan ke-2 dari Malaysia dapat diperhatikan apabila Kedah menghuni kedudukan 117 dengan kutipan 7.48 mata. Ini memberikan petanda bahawa kita perlu mempunyai kelab yang lebih berdaya saing diperingkat Asia untuk terus mendaki ke kedudukan yang lebih baik lagi.