Ramalan Juara memihak kepada JDT

Tiada yang meramalkan Kuala Lumpur City (KL City) akan memenangi aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Ia selepas beberapa ‘orang bola’ termasuk jurulatih dan bekas jurulatih Liga Malaysia (Liga M) memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai calon juara kejohanan berprestij itu musim ini.

Berikut adalah faktor mengapa JDT menjadi pilihan dan ramalan ‘pakar’ mengenai perlawanan akhir:

“Kekuatan JDT di semua posisi, cuma KL City bijak dalam bertahan dan ser@ngan balas. Tapi jika dapat gol awal, JDT akan kawal permainan.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianathan

Ramalan: JDT 2 KL City 0

“Saya rasa JDT akan menang dengan kemampuan yang mereka ada tetapi tak mustahil KL City FC ada kejutan mereka yang tersendiri.”

Pengarah Teknikal PDRM FC, Fauzi Pilus

Ramalan: JDT 3 KL City 1

“Walaupun KL City tampak menjadi dalam Piala Malaysia musim ini dan akan memberi tentangan sengit kepada JDT. Bagaimanapun JDT tetap akan jadi juara.”

Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim

Ramalan: JDT 2 KL City 0.

“JDT adalah pasukan yang stabil di semua posisi dan berkualiti. Mereka juga ada pemain yang berpengalaman beraksi dalam beberapa siri perlawanan akhir.”

Bekas jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria

Ramalan: JDT 2 KL City 0.

“Pengalaman, kualiti dimiliki Bergson da Silva dan sokongan padu penyokong menjadi antara kekuatan JDT untuk muncul juara.”

Jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin Sahak

Ramalan: JDT 2 KL City 0

“JDT pasti sudah melakukan persiapan yang mantap dengan taktikal yang matang dan memiliki corak permainan tersendiri.”

Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim

Ramalan: JDT 2 KL City 0

“Secara realistik JDT akan muncul juara berdasarkan konsistensi mereka selain pertahanan yang mantap dan siapa sahaja boleh menjaringkan gol.”

Bekas jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim

Ramalan: JDT 2 KL City 1

sumber : arena metro