Punca Skuad Korea Selatan Batalkan Perlawanan Di Stadium Shah Alam

Skuad Korea Selatan U23 yang dalam rangka persiapan menjelang kejohanan AFC U23 di Thailand dilaporkan telah membatalkan satu perlawanan persahabatan menentang skuad Arab Saudi di Stadium Shah Alam semalam.

Keputusan itu dikatakan telah dibuat selepas pihak pasukan dari Korea Selatan tidak berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Shah Alam yang tidak berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan oleh pemain mereka sebagai salah satu medan untuk menguji pasukan mereka.

Skuad Korea Selatan yang telah tiba di Malaysia pada 28 Disember 2019 menjalani latihan untuk menyesuaikan diri terutamanya dengan keadaan cuaca Asia Tenggara, dan dijangka akan terbang ke Thailand pada 5 Januari 2020 nanti.

Selepas perlawanan bertemu Arab Saudi dibatalkan, skuad Korea Selatan akan bertemu dengan pasukan Australia pada 3 Januari sebelum membuka tirai perlawanan pertama mereka dalam kejohanan AFC U23 2020 bertemu China pada 9 Januari 2020.

Kedua-dua perlawanan itu diadakan secara tertutup.