Punca Kegagalan pasukan skuad bawah 22 tahun negara

KALAU tidak cergas memang sukar untuk bermain dengan formasi 3-4-3. Itulah pengakuan ketua pasukan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Adam Nor Azlin berikutan keg@galan di Sukan SEA Filipina 2019.

Menurutnya, ketika di kelayakan Kejohanan AFC B-23 dan Sukan SEA 2017 mereka berada pada tahap terbaik termasuk dari segi kecergasan.

“Saya sendiri tidak capai tahap seperti dulu. Saya dan pemain lain sepatutnya bekerja k3ras. Mengenai formasi saya rasa tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ujar Adam, sesiapun jika diterapkan dengan latihan secukupnya dia yakin mampu beraksi dengan baik menggunakan formasi berkenaan.

“Pemain harus mencapai tahap kecergasan tinggi untuk main formasi (3-4-3) ini,” katanya. Dalam pada itu, pemain berusia 23 tahun itu juga mengakui banyak pengajaran diperoleh sebaik gagal membawa Malaysia melepasi peringkat kumpulan Sukan SEA Filipina 2019. “Pengajaran memang banyak dan tidak boleh sebut. Kita perlu positif setiap masa tapi agak kec3wa tidak dapat berikan pingat emas untuk Malaysia. Bagi saya ini pengajaran untuk diri saya sendiri yang dapat digunakan pada masa depan,” katanya.

Selain mengaku mengenai kegagalannya selaku ketua pasukan, Adam juga berkata, sekarang bukan masa untuk melihat kegagalan sudah berlalu.