PKP Ceriakan Penyokong Kedah

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) terus memainkan peranan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyediakan paparan kreatif kepada penyokong bola sepak apabila menghasilkan ‘screen lock wallpaper’ telefon bimbit yaang menarik untuk penyokong.

Melalui laman Facebook KFA hari ini, ‘wallpaper’ yang diperkenalkan itu adalah logo KFA dengan perkataan PKP dan juga ‘wallpaper’ pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali boleh dimuat turun oleh semua peminat bola sepak khususnya penyokong skuad Hijau Kuning.

Ejaan PKP yang meluas digunakan oleh penyokong Kedah sebagai singkatan perkataan ‘Pulun Kedah Pulun’ kini menjadi popular selepas perkataan PKP yang diperkenalkan kerajaan sejak 18 Mac lalu dan singkatan perkataan ini terus menjadi perkataan harian yang disebut rakyat Malaysia kini.

“Selain logo, kami juga turut menampilkan ‘wallpaper’ versi pemain kegemaran anda, Rizal Ghazali atau dikenali dengan nama Jai dan anda boleh memuat turun ‘wallpaper’ ini buat paparan di telefon bimbit masing-masing.

“KFA juga sebelum ini menyediakan paparan ‘screen lock wallpaper’ dengan gambar enam pemain sensasi iaitu Baddrol Bakhtiar, Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Zaquan Adha, Renan Alves dan Irfan Zakaria yang mengenakan jersi tempat lawan berwarna merah.

“Marilah kita sentiasa menjaga kebersihan diri serta ahli keluarga. Bersama membantu Malaysia memutuskan rantaian COVID-19 ini.” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Kelab Penyokong Red Eagle Frenz Kedah (REFK) Azmi Abdullah, menganggap ‘wallpaper’ yang disediakan ini mampu menceriakan lagi keadaan suram selepas aktiviti bola sepak terhenti sepanjang tempoh PKP yang berlangsung dan sudah memasuki fasa keempat.

“Perkataan PKP menjadi terkenal dan apabila kita melihat perkataan itu, ianya mendorong kita supaya terus berdisiplin menjaga diri dan mengikuti SOP yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Keadaam suram tanpa aktiviti perlawanan bola sepak dalam tempoh PKP ini sedikit sebanyak dapat diredakan apabila pihak KFA mengahasilkan kreativiti secara dalam talian yang berkaitan bola sepak Kedah.” katanya