Petanda Positif

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengambil kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai satu petanda positif bahawa Liga Malaysia bakal disambung tidak lama lagi.

Ini selepas liga sudah ditangguhkan selama tiga bulan sejak Mac ak!bat penularan wa bak C0VID-19 namun bilangan kes yang semakin berkurangan menyebabkan kerajaan semakin terbuka untuk membenarkan sukan berpasukan dibenarkan berlatih tidak lama lagi.

“Ini perkara positif bagi semua sukan khususnya kepada Liga-M yang terg@ntung dalam beberapa bulan ini,” katanya kepada Sinar.

“Kita memang minta supaya pasukan dibenarkan berlatih lebih awal.

“Namun, segala keputusan kita akan tunggu dan lihat sebelum membuat kenyataan seterusnya. Bagi saya apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Reezal itu sangat positif kepada Liga Malaysia.”

Reezal dalam kenyataan ringkasnya memaklumkan bahawa kerajaan sudah bersedia untuk memberi kebenaran kepada sukan berpasukan dan sukan tertutup bagi mengadakan sesi latihan.

Pada masa sama, MFL juga telah mengemukakan cadangan SOP Liga Malaysia yang akan digunakan dalam latihan fasa pertama.

“Jika latihan dibenarkan, sudah tentu Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan juga ada SOP mereka sendiri yang perlu kami patuhi.”