Pertahanan Al Ahed FC Menyertai Pasukan Liga Super musim 2020

Pertahanan Al Ahed FC, Khalil Khamis dilaporkan akan menyertai Pahang bagi saingan musim 2020.

Ia dilihat sebagai satu perpindahan besar kerana pemain berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang pemain yang membantu Al Ahed menjulang Piala AFC 2019 musim lepas.

Menerusi kapsyen di Instagram, Khalil dilaporkan akan tampil beraksi buat kali terakhir dalam perlawanan antara Al Ahed dan Hilal Al Kods, kerana dia akan terbang ke Malaysia untuk melengkapkan perpindahannya sebagai pemain Pahang musim ini.

“Pengurusan kelab Al-Ahed mengucapkan selamat maju jaya pada Khalil Khamis dengan kelab barunya, dengan harapan dapat bertemu lagi musim akan datang.”

Beliau merupakan pemain import ketiga yang baharu menyertai Pahang selepas kemasukan penyerang Brazil, Ivan Carlos dan pemain Filipina, Adam Reed.