Perpindahan Mungkin Jadi

Media sukan tersohor Thailand hari ini mula bersiul mengenai perpindahan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo untuk kembali ke saingan Thai League.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh SiamSport itu, mereka mengaitkan perpindahan Diogo ke BG Pathum United dan menyebut bahawa kelab itu bersedia untuk membayar harga mahal gaji bulanan yang dianggarkan sekitar THB4 juta sebulan atau RM548,000.

Jika menjadi kenyataan Diogo yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim 2020 ini bakal menjadi pemain berprofil tinggi terbaru menyertai BG Pathum United apabila kelab itu telah membawa Saarach Yooyen dan Andres Tunez baru-baru ini.

BG Pathum United dilihat cuba untuk memperkasakan pasukan bagi mencabar kejuaraan Thai League selain mahu merebut slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League dan kehadiran Diogo bakal memberikan tonik kepada pasukan tersebut.

Tidak lama sebelum ini ada rumours yang berlegar-legar mengatakan ada sebuah pasukan dari Pathum Thani akan membuat satu surprise deal bagi membawa striker JDT itu sebelum bulan September.

Kelab BG Pathum United dilaporkan juga bersedia untuk membayar kontrak Diogo yang diura-urakan tidak semahal yang disangka oleh orang ramai.

Sehingga kini masih tiada sebarang kepastian dan ramai pihak akan ternanti-nanti samada deal ini akan menjadi kenyataan ataupun tidak. Aksi Diogo sentiasa dirindui  oleh kebanyakan peminat bola sepak di Thailand terutamanya Buriram United.

Sama-sama kita nantikan.