Permulaan Liga Super Resahkan Kem Selangor

Ketiadaan sebarang pengumuman rasmi permulaan Liga Super membuatkan kem Selangor resah menjelang saingan musim baharu bola sepak Malaysia.

Menurut laporan The Star, ketua jurulatihnya, B. Satiananthan menyatakan keadaan ini menyukarkan dirinya untuk membuat perancangan pramusim bagi pasukan The Red Giants.

“Kami akan mula berlatih esok (hari ini) dan melibatkan semua pemain kecuali yang bermain dengan skuad kebangsaan akan mula melapor diri pada 18 disember,”

“Pemain-pemain kebangsaan diberikan cuti tambahan agar mereka mempunyai masa untuk kembali ke pasukan dengan lebih segar,” katanya seperti dipetik daripada The Star.

“Kami diberitahu Liga Super akan dimulakan pada pertengahan februari tetapi sekarang ianya mungkin (bermula) pada penghujung februari dan belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada MFL.” tambahnya lagi.

Menjelang saingan baharu, Selangor tampak ser!us untuk bersaing merebut kejuaraan dalam kancah bola sepak domestik pada musim hadapan terutamanya saingan Liga Super.

Ini dapat dilihat dengan Red Giants ‘membeli-belah’ beberapa pemain baharu seperti Brendan Gan, Norhakim Hassan dari Perak dan Rodney Celvin Akwesivie dari PKNS FC bagi memperkukuhkan pasukan.

Sementara itu, barisan ser@ngan mereka bakal diperkuatkan dengan kembalinya penjaring terbanyak saingan Liga Malaysia 2018, Rufino Segovia yang telah pulih daripada kec3d3raan.

“Kami telah selesaikan ‘pembelian’ (pemain) lebih awal musim ini.

“Rufino memberitahu saya dia telah cergas sepenuhnya dan saya bagaikan mempunyai pemain baharu di dalam pasukan,” tambah jurulatih berusia 61 tahun itu.

Untuk permulaan sesi latih pramusim kali ini, beliau yang mesra disapa sebagai Coach Satia akan menumpukan perhatian untuk mendapatkan keserasian antara pemain sedia ada dan pemain baharu.

“Saya akan mulakan dengan memupuk persefahaman dalam kalangan para pemain, ia akan mengambil sedikit masa dan saya harap pemain-pemain mendapatkannya dengan cepat,” ujar B. Satiananthan lagi.