Permohonan JDT Di Luluskan

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan sudah meluluskan lima daripada tujuh pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang memohon untuk memulakan latihan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, lima yang diluluskan itu merangkumi tiga pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor dan UiTM manakala dua wakil Liga Perdana iaitu Negeri Sembilan dan Selangor 2.

“MFL terpaksa menangguhkan permohonan dua pasukan lagi kerana didapati masih ada lagi dokumen mereka yang belum lengkap untuk memulakan latihan,” katanya.

“Saya tidak nampak sebarang masalah jika semua pasukan mengikuti SOP (prosedur operasi standard) kerana keadaan statistik C0VID-19 yang dikeluarkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) di negara kita semakin berkurangan dan beberapa aktiviti sudah dibenarkan.”

BH Sukan sebelum ini melaporkan Negeri Sembilan menjadi pasukan pertama mendapat kebenaran menjalani latihan bermula semalam.

Selain itu, Ab Ghani menjelaskan fasa 1 ini menjadi penanda aras penting buat pasukan sebelum pengendali liga tempatan itu melanjutkan proses kepada fasa 2.

Katanya, fasa 2 iaitu latihan secara ‘sentvhan b@dan’ akan menjadi lebih cerah dapat dibenarkan oleh kerajaan jika semua pasukan patuh serta mengikuti setiap SOP ketika menjalani sesi latihan dalam fasa 1 tanpa sentvhan.

Fasa 1 amat penting kerana ia adalah ujian kepada kita untuk mengikuti SOP yang ditetapkan kepada pasukan dan kejayaan ini akan menentukan kita bergerak ke fasa 2.

“Jika kita dapat buat dan pasukan boleh memberikan kerjasama dengan mengikuti setiap SOP, Insya-Allah kita di peringkat MFL akan memasukkan permohonan latihan fasa 2,” katanya.