perlawanan liga Malaysia dapat ditayangkan secara percuma dan berbayar ?

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin berhasrat untuk menyiarkan perlawanan liga Malaysia sebanyak yang boleh untuk tontonan penyokong pada musim ini.

Katanya, pihak MFL akan mengumumkan hak siaran dan penaja dalam masa terdekat.

“Kita akan umum pada awal bulan Februari atau sebelum liga bermula.

“MFL akan umum tapi hasrat saya, saya harap perlawanan liga Malaysia dapat ditayangkan secara percuma dan berbayar.

“Kalau boleh kita mahu menayangkan seberapa banyak perlawanan yang boleh untuk penyokong.

Musim lepas, perlawanan liga disiarkan di stesen televisyen RTM dan Media Prima.