Perlawanan JDT – Guangzhou Evergrande Ditangguhkan

Perlawanan bagi aksi kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim serta kelab China, Guangzhou Evergrande telah pun ditangguhkan atas isu w@bak korona yang kini melanda dunia.

Perlawanan yang sepatutnya dijadualkan pada 20 Mei 2020 itu telah ditangguhkan dan akan dibawa ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/

Keputusan ini telah pun dibuat oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mereka melakukan mesyuarat khas membincangkan isu ini baru-baru ini.

Tempoh hari, perlawanan kelayakan melibatkan Shanghai SIPG dan juga Buriram United diadakan di stadium tertutup tanpa kehadiran penyokong.

Hal ini kerana, berlakunya kebimbangan akan w@bak itu untuk merebak terutamanya di lokasi yang terdapatnya ramai orang berkumpul pada satu-satu masa.

JDT diundi di dalam kumpulan G bersama-sama Guangzhou Evergrande (China), Vissel Kobe (Jepun) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan).