Perkara Ini Diumumkan Oleh Pengelola Liga Malaysia (MFL)

Nampaknya dua stadium di Selangor tidak dapat menjadi tuan rumah bagi aksi Liga Super 2020.

Selepas Stadium Shah Alam, nampaknya Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga tidak dapat digunakan. Ini bermakna Petaling Jaya City juga perlu mencari gelanggang baru untuk aksi di tempat sendiri.

Perkara ini diumumkan oleh pengelola liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. Menurut MFL, PJ City perlu mendapatkan gelanggang lain selepas mendapati stadium tersebut tidak boleh digunakan susulan kerja naiktaraf sedang dijalankan di stadium berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani menyatakan bahawa, hasil pemeriksaan Stadium MBPJ mendapati keadaan padang tidak berada di tahap terbaik bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL telah memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada Kelab Bolasepak PJ City pada 26 Februari lalu hasil keputusan semakan pemeriksaan Stadium MBPJ pada 25 Februari lalu.

“Keputusan pemeriksaan mendapati padang permainan tidak berada dalam keadaan bersedia serta bilik-bilik persalinan masih berada dalam proses naik taraf dan tidak dapat digunakan.

“Sehubungan dengan itu, pihak MFL memutuskan bahawa Stadium MBPJ tidak boleh digunapakai bagi penganjuran Liga Malaysia bagi musim 2020 sehingga kerja naik taraf itu selesai.

sumber: foxsports

“PJ City telah dimaklumkan perkara ini di mana mereka perlu menamakan venue lain sebagai gelanggang alternatif pada 28 Februari lalu,” katanya.

Sebagai rekod, PJ City dijadualkan men3ntang Pahang pada aksi kedua CIMB Liga Super di Stadium MBPJ pada 6 Mac ini.