Perak Rampas Status ‘Raja Bola Sepak Utara’

IPOH: Perak merampas status ‘Raja Bola Sepak Utara’ selepas menewaskan Kedah 3-1 dalam aksi Unity Shield 2020 di Stadium Perak, di sini.

Selain merampas trofi kejuaraan, kemenangan itu juga menyaksikan anak buah Mehmet Durakovic berjaya membalas dendam selepas mereka kecundang 0-2 pada aksi sulung kejohanan itu di Stadium Darul Aman, tahun lalu.

Perak yang dilihat kurang aktif dalam mendapatkan pemain baharu musim ini membuka tirai jaringan menerusi Shahrul Saad seawal minit ketiga.

Dua minit sebelum tamat babak pertama, The Bos Gaurus berjaya mengukuhkan kedudukan hasil jaringan pemain kebangsaan Shahrel Fikri Fauzi.

Kedah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi Kpah Sherman pada minit ke-68, namun Careca mengesahkan kemenangan Perak apabila meledak gol ketiga pada minit ke-78.