Perak Pancing Pemain Skuad Vietnam

Kejayaan Vietnam menjuarai acara bola sepak Sukan SEA 2019 di Filipina telah menar!k minat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk cuba mem4ncing pemain negara ters3but bagi meng!si dua lagi ku0ta pemain import yang masih kosong buat skuad Yob.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu muncul juara selepas berjaya menvndukkan Indonesia dengan keputusan 3-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Filipina.

Pengkhabaran terkini itu disahkan sendiri oleh Presiden PAFA, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu ketika ditanya mengenai perkembangan Perak dalam usaha membawa masuk pemain import baharu selain Guilherme De Paula.

“Ada, kita hendak tinjau-tinjau juga. Vietnam macam bagus pemain-pemain mereka. Apabila menang Sukan SEA, saya tengok boleh tahan juga.”

”Saya sudah bercakap dengan Mehmed [Durakovic], pergilah tengok. Tetapi [memilih] pemain-pemain ini bukanlah kerja saya, kerja Mehmedlah,” ujar Dato’ Seri Ahmad Faizal bercakap dalam sidang media sebuah majlis yang berlangsung di Malim Nawar.

Sebelum ini, Perak telah mengekalkan dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos Oliveira dan Raianderson Da Costa Morais serta baru sahaja membawa masuk Guilherme De Paula ke dalam pasukan.

Pada musim 2019, Perak menjadi satu-satunya pasukan dalam saingan Liga Super yang tidak menggunakan kuota pemain import daripada negara Asean.