Perak masih mampu bersaing dengan JDT

Penghijrahan Brendan Gan ke Selangor adalah satu keh!langan buat Perak, namun kapten Shahrul Saad yakin mereka masih boleh bersaing dengan JDT dan pencabar lain.

“Saya rasa tak mustahil untuk kami semua bersaing dengan pasukan seperti JDT, Pahang, Kedah dan Selangor. Paling penting adalah semangat juang bersama-sama. Kalau kita serius, kita boleh buat,” katanya kepada Bernama.

Malah Shahrul menganggap kehilangan Brendan dilihat sebagai satu peluang kepada pemain muda Perak untuk menembusi kesebelasan utama pasukan.

“Bagi saya juga, keluar masuk pemain ini adalah perkara biasa untuk setiap pasukan. Kami sentiasa positif, kami masih lagi bersama Perak dan kami akan terus berju4ng.

“Saya rasa ada yang mampu gantikan Brendan, terutama pemain muda. Mereka akan ambil cabaran ini dan saya sangat yakin dengan semangat yang ditunjukkan, mungkin mereka akan lebih menyerlah daripada Brendan.

Kehilangan Brendan ada hikmahnya apabila Perak berjaya mendapatkan khidmat penyerang import, Guilherme De Paula.

“Saya rasa dia dah biasa dengan liga di Malaysia. Kita tahu dia juga dapat menjaringkan banyak gol dengan Kuala Lumpur pada musim lalu. Saya harap dia dapat teruskan momentum itu untuk pasukan Perak pula.”