Perak FC geram dengan sikap tunjuk pandai Samir

IPOH – Pengurus Besar (GM), Perak FC, Azman Noh geram dengan sikap pemain import, Samir Ayass yang enggan turun padang.

“Dia bersikap biadab dan keras kepala sebagai seorang pemain. Sepatutnya dia akur dengan arahan. Sebaliknya dia hendak tunjuk pandai pula,” katanya.

Menurut Azman, Samir memberi alasan masih mengalami kec3dera@n sedangkan sebelum itu dia bersetuju untuk diturunkan.

“Dia berubah hati apabila mengetahui akan bermain dengan Perak II. Dia hendak bermain dalam Liga Super. Sebab itu dia buat kerenah,”katanya kecewa.

Berikutan itu Perak FC II hanya beraksi dengan khidmat seorang import iaitu Ghislain Guessan. Pemain import tetap Perak II, Sergio Aguero pula beraksi untuk pasukan Liga Super sehari sebelum itu.

Anak didik Syamsul Saad tewas 0-2 kepada pasukan harimau Selatan itu selepas memberi tentangan sengit kepada pelawat.

Perlawanan mereka seterusnya ialah bertemu Selangor FC II, Sabtu ini. – K! ONLINE.