Penyokong Bola Sepak Vietnam cari penyakit

SAINGAN bola sepak Liga Vietnam antara Hong Ling Ha Tinh dan Hanoi FC semalam terg@nggu dengan insid3n penyokong memasuki stadium melebihi daripada kapasiti yang dibenarkan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ha Tinh itu sepatutnya hanya membenarkan 10,000 penyokong iaitu separuh daripada kapasiti penuh stadium berkenaan.

Bagaimanapun, penyokong tuan rumah dilihat mengingkari arahan berkenaan walaupun penganjur hanya menjual 10,000 keping tiket.

Ribuan penyokong bertindak dengan memanjat pagar dan tandas untuk melihat pasukan kesayangan mereka menentang Hanoi FC yang dibarisi bintang Vietnam seperti Nguyen Quang Hai dan Do Hung Dung.

Salah seorang penyokong dilihat pengsan kerana mengalami s3sak n@fas dan gambarnya sedang dibantu untuk di bawa keluar dari stadium sempat dirakam.

Pada minit ke-20 perlawanan terpaksa dihentikan selepas penyokong yang sudah memenuhi teres B masuk sehingga tepi padang.

Polis dan pengawal keselamatan terpaksa bertindak menghalang peminat daripada memasuki padang permainan.

Seorang wakil peminat juga dilihat terpaksa menggunakan pembesar suara untuk menenangkan keadaan dan meminta peminat kembali ke tempat duduk penonton, namun tindakannya tidak diendahkan.

Ha Tinh baru saja dinaikkan beraksi di saingan utama Vietnam dengan mereka memulakan aksi musim ini tumpas kepada Viettel dan Nam Dinh.

Selepas 20 minit perlawanan semalam terganggu permainan bersambung dengan peminat masih berdiri di tepi padang berdepan dengan pihak kes3lamatan.

Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.