Penerima Anugerah FIFA Fair Play Sah Sertai Pasukan Liga Super

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini mengumumkan bekas peny3rang skuad kebangsaan Togo, Francis Kone sebagai pemain import baharu pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Kone sebelum ini bermain untuk kelab FC Zbrojovja Brno dalam Liga divisyen 1 Republic Czech. Beliau juga mempunyai peng@laman beraksi dalam beberapa negara antaranya Thailand, Oman, Portugal, Hungary sebelum ke Malaysia.

Beliau bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak kerana pada tahun 2017, kone menjadi tumpuan dunia apabila dianugerahkan FIFA Fair Play selepas meny3lamatkan ny@wa penjaga gol pasukan Bohemians 1905, Martin Berkovec dalam saingan Liga Republic Czech.

Dengan kemasukan Kone, Kuala Lumpur kini sudah melengkapkan kuota pemain import selepas menandatangani peny3rang dari Perancis, Guy Gnabouyou, pemain t3ngah dari Brazil, Paulo Josue yang turut dilantik sebagai ketua pasukan dan pemain pert@hanan Kyrgyzstan, Azamat Baimatov bagi mengisi kuota pemain import Asia.