Pendedahan TMJ Kes Luqman Hakim

Topik berkaitan dengan strikermuda negara, Luqman Hakim semakin panas sejak minggu lepas apabila berita berkenaan penghijrahan beliau ke KV Kortrijk menjadi perhatian media serta peminat bola sepak di Malaysia.

Bagaimanapun, satu komen balas TMJ kepada akaun KV Kortrijk Malaysia di laman sosial Instagram mendedahkan satu perkara yang bakal membuatkan isu ini lebih hangat.

Berdasarkan komen TMJ, pemilik kelab tersebut Tan Sri Vincent Tan memberitahu kepada baginda bahawa dia tidak membeli Luqman Hakim, sebaliknya terpaksa ambil disebabkan request dari 2 individu berstatus tinggi.

@kvkortrijk_malaysiafan your Boss Tan Sri Vincent Tan beritahu saya dia tak beli Lokman (Luqman Hakim) tetapi dia terpaksa ambil pasal menteri Tissue dan Tun request. Demi kepentingan politic.

Player kalau bagus tak payah lelong. Orang akan cari dan beli sendiri. Apa-apa semoga pemain berjaya. Jangan jadi v!ctim kepada conman.

Pendedahan ini bakal membawa isu perpindahan Luqman Hakim ini ke satu tahap yang baru dimana mungkin akan ada pihak yang mula panas dengan apa yang diperkatakan.

Ketika pengumuman mengenai Luqman Hakim akan menyertai KV Kortrijk tahun lalu, ada juga yang pelik kerana dalam majlis itu tiada sesi menandatangani kontrak atau apa apa sepanjang majlis berlangsung.

Sumber:- Vocketfc

Apakah cerita sebenar disebalik deal Luqman Hakim ke Belgium? Mungkin hanya mereka yang terlibat sahaja tahu motif yang sebenarnya jika benar Tan Sri Vincent Tan terpaksa ambil demi kepentingan politik.