pendedahan skuad Johor Darul Takzim (JDT)

ACL, JDT DAN PENINGKATAN KUALITI LIGA-M PUNCA HARIMAU MALAYA SEMAKIN BAGUS

Artikel Fox Sports Malaysia mengetengahkan mengenai kualiti Liga Malaysia yang semakin tinggi khususnya dalam saingan Liga Super setelah pend3dahan skuad Johor Darul Takzim (JDT) dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang menjadi antara faktor yang menjadikan skuad kebangsaan semakin bagus.

Menurut pemerhati bolasepak tanah air, Pekan Ramli, kelompok pemain JDT yang beraksi dengan Harimau Malaya telah membuktikan betapa standard atau kualiti permainan mereka begitu m4tang disebabkan pend3dahan yang mereka terima seperti ACL kerana berhadapan dengan beberapa pasukan terhebat Asia.

Turut dinyatakan adalah kesan p0sitif terhadap pemain dari pasukan lain kerana “kebanyakan pemain dari pasukan lain juga sudah ada sikap mahu menc4bar kepada kemampuan JDT apabila sering kali menampilkan kemampuan individu yang tinggi serta konsisten.”