Penangan Kipre-Kpah Dan Hadin

Saingan pusingan 2 kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2020 di antara Kedah dan Tai Po FC yang berlangsung di Stadium Darul Aman memihak kepada skuad Helang Merah. 

Tuan rumah yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak berjaya mengatasi wakil Hong Kong dengan keputusan 5-1 hasil jaringan hatrik oleh Tchetche Kipre dan jaringan berganda oleh Hadin Azman. 

Berikut adalah rating pemain-pemain Kedah dalam perlawanan ini:

GK: Ifwat Akmal – 7/10

Beraksi cemerlang dengan menyelamatkan satu atau dua percubaan tepat daripada pemain Tai Po FC. Bagaimanapun, sedikit kealpaan dia dan barisan pertahanan membuatkan Kedah hilang ‘clean sheet’.

DF: Alif Yusof – 7.5/10

Tenang dan fokus di dalam permainan. Sesekali dia naik untuk membantu Hadin Azman di sayap kiri tetapi kebanyakan masanya berada di bawah dan memastikan pemain lawan sukar untuk menembusi bahagiannya.

DF: Renan Alves – 8/10

Persembahan yang mantap daripada ‘kereta kebal’ Kedah ini. Banyak ser@ngan-ser@ngan lawan berjaya dipatahkan termasuk memenangi perebutan bola di udara.

DF: Irfan Zakaria – 7.5/10

Ketiadaan Shakir Hamzah membuatkan ketua jurulatih Kedah mempertaruhkan pemain kebangsaan ini untuk digandingkan bersama Renan. Memainkan peranan selaku ‘last man’ dan bijak dalam membina ser@ngan daripada bawah.

DF: Rizal Ghazali – 8/10

Seperti biasa Rizal Ghazali bermain sebagai pertahanan kanan dan ‘overlapping’ daripadanya sering memberi ancaman kepada barisan pertahanan pihak lawan termasuk bola hantaran lintangnya. 

MF: Baddrol Bakhtiar – 8.5/10

Kapten berpengalaman pasukan ini menjadi ‘pivot’ dalam taktikal Kedah. Dia mengalirkan atau melakukan hantaran dengan cemerlang kepada barisan ser@ngan dalam usaha untuk merobek kubu lawan.

MF: Amin Nazari – 8/10

Midfielder baharu Kedah ini memainkan peranan sebagai pemain No.8 atau playmaker ketika menentang Tai Po FC semalam. Tenang dan mempunyai visi yang baik untuk melakukan hantaran-hantaran kepada Tchetche Kipre dan Kpah Sherman yang menanti di celah-celah pertahanan lawan.

MF: Hadin Azman – 9/10

Selain daripada menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, sejak daripada minit pertama lagi Hadin mencetuskan bahaya di bahagian kiri menerusi gelecekannya. Dia tampak serasi dan beberapa kali terlibat dalam ‘combination play’ bersama Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

FW: Tchetche Kipre – 9.5/10

Kehebatannya tidak perlu diperkatakan lagi, mencatatkan hatrik pada aksi debut bersama Kedah dan saingan peringkat asia. Bukan sahaja mampu menjaringkan gol malah bertindak sebagai ‘decoy’ untuk menarik pemain lawan untuk keluar daripada posisi mereka dan melepaskan Kpah Sherman untuk menerpa ke arah gawang lawan.

FW: Zaquan Adha – 7.5/10

Peny3rang senior kebangsaan ini diturunkan oleh Aidil Sharin Sahak di posisi sayap kanan. Persembahannya boleh dipuji dan bergadingan dengan baik bersama Rizal Ghazali.

FW: Kpah Sherman – 8.5/10

Walaupun peny3rang Liberia ini tidak merekodkan sebarang gol, kehadiran Kpah di dalam kawasan kotak penalti amat membahayakan pihak lawan. Keserasiannya bersama Tchetche dan Hadin dijangka akan lebih meningkat dan akan menjadi aset kepada Kedah. Turut merekodkan 2 ‘assist’ semalam.

Pemain Gantian:

MF: Farhan Roslan – 6/10

Masuk pada babak kedua menggantikan Zaquan Adha. Kemasukannya merubah sedikit corak Kedah di posisi kanan dimana Farhan lebih banyak melakukan larian dengan bola untuk ‘beat’ pertahanan lawan dan melakukan hantaran lintang.

DF: Zulkhairi Zulkeply – 6/10

Masuk pada minit ke-80 menggantikan Yusof dan tidak banyak merubah permainan Kedah.

MF: Fadzrul Danel – 6/10

Masuk pada minit ke-84 menggantikan Hadin Azman. Tidak banyak yang dilakukannya di atas padang.