Penang FC mahu mengekalkan kedudukan Melaka terus di tangga tercorot liga

KUALA LUMPUR: Penang FC perlu memastikan tiga mata penuh dapat diraih apabila mereka menerima kunjungan Melaka United FC di Stadium Bandaraya, malam ini.

Ia bagi mengukuhkan cengkaman mereka di kedudukan ketiga Liga Super selepas berjaya memintas Kedah susulan kemenangan bergaya 5-3 ke atas pasukan bergelut, Perak FC di Ipoh, Selasa lalu.

Ketua jurulatih Penang, Tomas Trucha bagaimanapun menyifatkan belum masa untuk pasukannya memikirkan soal kedudukan dalam liga kerana tidak semua pasukan sudah mengharungi jumlah aksi yang sama.

Sebaliknya, dia dilihat lebih selesa memberi fokus untuk skuad Harimau Kumbang meraih seberapa banyak mata dalam baki enam perlawanan lagi.

“Setiap perlawanan dalam Liga Super sukar, kami pendatang baharu dan kami pasukan kerdil. Bagi saya apa yang penting, adalah kedudukan selepas tamat musim ini.

“Sekarang pasukan tidak memiliki (jumlah) perlawanan yang sama terutama Kedah, jadi kita kena lihat (kedudukan) selepas tamat musim,” katanya.

Kedah yang sudah terlepas empat perlawanan susulan penangguhan aksi membabitkan pasukan itu selepas dua pemain mereka dijangkiti C0V!d-19 jatuh di tangga keempat, namun hanya ketinggalan dua mata di belakang Penang yang mengumpul 28 mata.

Sumber:BH

Sementara itu, Melaka United juga perlu mengelak daripada tercicir mata penting untuk menjauhkan diri daripada zon penyingkiran selepas skuad Hang Tuah hanya dibezakan tiga mata dengan Perak yang berada di kedudukan kedua tercorot.