edisi 2019 adalah penampilan terakhirnya

Mungkin itu gambaran terbaik untuk jurulatih skuad Sukan SEA negara, Datuk Ong Kim Swee, apabila terpaksa penampilan terakhirnya dalam saingan itu berakhir dengan kek4lahan.

Sebaik tewas 1-0 di tangan Filipina, pengendali itu mengumumkan, edisi 2019 adalah penampilan terakhirnya dalam Sukan SEA.

Ketika itu, masih mengundang harapan untuk melihat kebangkitan semula skuad negara selepas h4mbar dalam dua perlawanan awal di Stadium Memorial Rizal.

Namun aksi semalam menoktahkan segalanya, Kim Swee akur penutup kelib4tnya dalam Sukan SEA tidak semanis yang di sangka.

“Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, setiap pesaing Asia Tenggara mula mempamerkan peningkatan dan anda boleh dihukum jika mengambil mudah,” kata Kim Swee.

Sudah pasti suasana lebih manis sedang dirasai pengendali Kemboja, Felix Agustin, merujuk kepada aksi bertenaga yang ditampilkan anak buahnya melol0skan diri ke separuh akhir Sukan SEA 2019.

“Kami sentiasa mahu berkembang dalam setiap perlawanan. Tuah memihak Kemboja kali ini dan saya menyedari Malaysia adalah pasukan yang berkualiti,” kata Felix.

Leave a Reply

Your email address will not be published.