Peminat TFC bimbang penghijrahan Faisal Halim

Aksi persahabatan Harimau Malaya men3ntang Jordan, Rabu lalu seakan membawa tuah kepada pemain sayap lincah negara, Faisal Halim.

Ia selepas persembahan pemain bertubuh kecil yang berusia 23 tahun dari pasukan Terengganu FC (TFC) itu dikatakan mendapat perhatian dari dua ejen bola sepak luar negara.

Perkembangan itu dimaklumkan pengguna Twitter yang menggunakan nama, joe berbatov dan dipercayai ejen kepada Faisal iaitu dari syarikat Estrada Sports Agency.

“Saya mendapat dua panggilan daripada ejen luar negara untuk Faisal Halim selepas perlawanan persahabatan antarabangsa negara men3ntang Jordan baru-baru ini.. tahniah,” tulisnya.

Perkongsiannya di media sosial itu turut mendapat perhatian ramai peminat khususnya penyokong skuad Penyu yang dilihat agak bimbang sekiranya Faisal yang lebih mesra disapa Mickey berhijrah.

sumber:- BH

Tidak dinafikan, Faisal antara pemain Harimau Malaya yang paling menonjol bagi skuad yang menyertai kem latihan pusat kali ini. Malah, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut mengakui Faisal mempamerkan aksi memberangsangkan terutama ketika berdepan Uzbekistan, semalam apabila percubaannya terkena tiang.