pemain tengah Jepun, Tajikistan dan Australia Bakal Perkuat Kedah

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dikhabarkan sedang mensasarkan pemain tengah dari Jepun, Tajikistan dan Australia bagi mengisi satu lagi slot pemain import Helang Merah bagi musim depan.

Difahamkan pemain tersebut akan mengisi kuota pemain asia menggantikan pemain tengah skuad kebangsaan Kyrgyzstan, Edgar Bernhardt yang tidak disambung kontraknya menjelang saingan baharu Liga Malaysia 2020.

“Kita ada satu lagi kekosongan iaitu kuota (pemain) asia, kuota ini akan kita maklumkan dalam masa terdekat,”

“Coach ada bagitahu, ada 2 ke 3 pilihan, dia mahu lihat terlebih dahulu pemain sasarannya, kita bagi sepenuhnya keb3basan kepada coach, 

“Dia beri bayangan kepada kami (pemain) tersebut datang dari Jepun, Tajikistan dan juga Australia,” kata naib presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Anas Hafiz Mustaffa.

Sebelum ini, Kedah telah mengumumkan dua pemain importnya iaitu peny3rang, Fernando Rodriguez dan pemain att@cking midfield, Jonathan Bauman tidak disambung khidmatnya bersama Helang Merah bagi musim 2020.

Kedua-dua import tersebut akan digantikan dengan dua peny3rang pr0lifik dalam saingan Liga Malaysia iaitu Kpah Sherman daripada Kelab Bola Sepak Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) dan Tchetche Kipre daripada Terengganu Football Club (TFC).

Sementara itu, duo pertah@nan import mereka, Renan Alves dari Brazil dan Shakir Hamzah dari Singapura dikekalkan memandangkan prestasi yang sangat memberangsangkan ditunjukkan oleh kedua-dua pemain bersama Kedah sepanjang musim 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.