Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala

Sebuah media sukan Vietnam – TheThao247 hari ini mengeluarkan sebuah artikel yang menyebut bahawa skuad Harimau Malaya dilihat tidak menerima perhatian yang sepatutnya, namun mereka menyatakan skuad Tan Cheng Hoe ini berada dalam satu proses transformasi untuk muncul sebagai sebuah pasukan hebat bukan sahaja di ASEAN tetapi juga di Asia.

Dalam artikel itu, mereka menggariskan beberapa faktor yang dilihat (sekurang-kurangnya dari perspektif Vietnam), memacu perkembangan kualiti dan prestasi skuad kebangsaan Malaysia sejak kebelakangan ini.

Falsafah Pembangunan Bola Sepak Yang Telus.

Perkara pertama yang mereka nampak dengan jelas adalah falsafah pembangunan bola sepak telus dalam bola sepak di Malaysia.

Sambil mengakui, pasukan di rantau Asia Tenggara lebih gemar beraksi berdasarkan keupayaan pemain, cara ini dilihat lebih sesuai dengan pemain yang memiliki kekuatan fizikal tetapi kurang dari segi teknikal.

Artikel itu juga menyebut bahawa, Malaysia dilihat memiliki kecenderungan untuk menggunakan kelajuan pemain winger ketika mengatur ser@ngan dan ini adalah antara keistimewaan skuad Harimau Malaya.

Ketua Jurulatih Yang Berbakat Besar

Satu perbezaan yang paling nyata berbanding pasukan lain di ASEAN adalah dari sudut pemilihan ketua jurulatih.

Ketika pihak lawan memberikan keutamaan kepada jurulatih dari luar negara, skuad Harimau Malaya meletakkan kepercayaan kepada jurulatih tempatan dan media Vietnam menyatakan ia tindakan yang betul berdasarkan keputusan perlawanan yang diperolehi.

Mereka juga memperkatakan mengenai K.Rajagopal, jurulatih yang berjaya membawa kejuaraan untuk Malaysia dalam sainga Sukan SEA dan AFF Suzuki Cup. Selain itu, Ong Kim Swee turut diangkat sebagai seorang jurulatih yang berjaya discover dan melatih ramai pemain muda di Malaysia sehingga membentuk pemain yang kini memperkuatkan skuad kebangsaan Malaysia.

Kini, Tan Cheng Hoe pula diberi kepercayaan untuk membawa pasukan Malaysia dengan personaliti, kekuatan fighting spirit serta kemahuan untuk mencapai sasaran pasukan yang tinggi.

Miliki Ramai Pakar Yang Terlibat

Selain itu, Malaysia juga banyak ‘melabur’ dengan membawa ramai jurulatih dan pakar yang ditugaskan untuk menggunakan kemahiran dan kepakaran mereka mempertingkatkan kualiti pasukan.

Penglibatan pakar dari luar negara ini telah banyak membantu pasukan diperingkat kelab untuk memperbaiki pemain dan pasukan terutama dari segi kecergasa, perubatan, analisis serta nutritionist.

Perkara seperti ini akan membawa pasukan Malaysia dari bawah untuk merekrut bakat-bakat muda dan memastikan pembangunan yang kukuh dapat diselaraskan, seterusnya membolehkan ramai pemain muda bersedia menggantikan pemain senior diperingkat kelab atau kebangsaan.

Seamless Quality Player

Pelaburan strategik itu telah berjaya membantu Malaysia memiliki pemain yang mempunyai kualiti yang bagus, dimana tulang belakang skuad kebangsaan Malaysia diperkuatkan oleh pemain-pemain seperti Farizal, Aidil, Safawi dan Syafiq Ahmad yang memiliki pengalaman bersama JDT terutama dalam saingan AFC Champions League.

Pemain-pemain kacukan dan naturalisasi seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Brendan Gan, Sumareh, Liridon turut banyak memberikan perkembangan positif dalam pasukan Malaysia.

Kekuatan pasukan Malaysia telah meningkat dengan pantas dalam masa yang singkat, dan mereka membuat andaian pengurusan bola sepak di Malaysia mungkin akan terus mencari penyelesaian yang sama dimasa depan.

Perkembangan Bakat Muda Yang Ramai

Bakat muda Malaysia yang kini lebih ramai dan berkualiti bakal memberikan kelebihan kepada masa depan bola sepak Malaysia.

sumber: vocketfc

Walaupun ada banyak kekurangan, bola sepak Malaysia semakin meningkat selepas mengambil tindakan memperkemaskan pembangunan awal.

Berdasarkan perkara diatasm media Vietnam menyatakan bahawa tidak sukar untuk mereka faham kenapa anak buah Tan Cheng Hoe menerima respect dari Park Hang-seo, kerana setiap kali bertemu, ketua jurulatih Vietnam itu akan ‘sakit kepala’ apabila kualiti lawan sentiasa lebih bagus berbanding perlawanan sebelumnya.