Pemain Import Selangor Angkat Kaki ?

Beberapa hari yang lalu desas desus di media sosial menyatakan pemain import dari Singapura, Safuwan Baharudin akan meninggalkan Selangor untuk menyertai sebuah kelab gergasi di Liga Thai, selepas mendapat tawaran lumayan daripada kelab tersebut.

Bagaimanapun komen Ketua Jurulatih Selangor, B. Satiananthan ketika bercakap kepada Stadium Astro menafikan perkara tersebut daripada berlaku.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak terdesak untuk menjual Safuwan Baharudin walaupun sebuah kelab gergasi di Thailand membuat tawaran lumayan untuk mendapatkan khidmat tonggak tengah dari Singapura itu.

Menurut laporan tersebut, tawaran dari kelab Thailand itu amat lumayan sehingga memampukan Selangor untuk mendapatkan dua lagi pemain import.

Namun urusan tersebut dibatalkan, dan Safuwan turut disahkan masih berada dalam perancangan Satiananthan.

“Ada perbincangan di antara kelab kami [Selangor] dan kelab di Thailand,” kata Satiananthan.

“Itu menunjukkan bahawa Safuwan mempunyai kualiti. Kami berbangga dengan apa yang kami ada, iaitu seorang pemain yang berkualiti.

🏃‍♂️ 🏃‍♂️ 🏃‍♂️.#RedGiants#KitaAdalahSatu#SelangorPower

Posted by FA Selangor on Wednesday, January 29, 2020

“Sebagai jurulatih, saya tidak mahu kehilangannya. Tetapi inilah bola sepak dan kami perlu memikirkan tentang kebaikan pemain.

“Namun, setakat ini, tiada apa-apa lagi,” katanya.

Desas desus Safuwan akan meninggalkan Selangor bermula apabila ucapan perpisahan di antara Safuwan dan seorang lagi pemain tengah skuad Gergasi Merah itu, Sandro Da Silva menjadi tular di kalangan netizen.

sumber : semuanyabola

Safuwan adalah salah seorang muka baharu bersama skuad Selangor pada musim ini, dan berganding dengan baik bersama Brendan Gan di bahagian tengah sepanjang pra musim ini.

“Saya tidak akan tahan dan paksa seseorang. Saya tidak suka. Sebagai jurulatih, saya lebih suka jika mereka merelakan diri untuk bermain,” tambah Satiananthan.

“Mereka perlu gembira berada dalam pasukan. Tetapi saya melihat Safuwan sudah memenuhi syarat itu.”