Pemain Import “baru” Liga Malaysia ?

Strikerg import skuad The Bos Gaurus, Guilherme De Paula mencur! tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila tampil dengan wajah baharu tanpa jambang ketika menjalani ujian calitan (swab test) wa bak C0VID-19 bersama rakan sepasukan beberapa hari lepas.

Perkembangan itu didedahkan melalui paparan di laman instagramnya sehingga membuatkan para peminat tertanya-tanya siapakah lelaki tersebut kerana wajahnya cukup berbeza dan kelihatan lebih muda.

Sudah hampir 4 bulan saingan Liga Malaysia direhatkan susulan penularan wa bak pand3mik, para penyokong Perak sendiri hampir tidak mengenali bekas pemain Kuala Lumpur itu.

Tinjauan di media sosial mendapati beberapa para peminat memberikan komen lucu dengan menyamakannya dengan wajah pelakon dari Amerika (Tony Dalton) dan penyanyi British, Freddie Mercury serta k@rtel d@dah dari Col0mbia, Pabl0 Esc0bar.

Penampilan terbaharu itu pasti membangkitkan semangat De Paula untuk mempamerkan aksi terbaik apabila saingan Liga Malaysia bersambung semula pada bulan September nanti.

Lebih menarik, De Paula juga antara calon naturalisasi skuad Harimau Malaya namun Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menjelaskan mereka masih menunggu kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

“De Paula ini kita tengah menunggu kelulusan daripada FIFA. Ia kerana ada sedikit tempoh dalam lima tahun itu, dia ada main di Cyprus untuk lima bulan.

“Tetapi, ada k3s sebelum ini di konfederasi lain berjaya dilepaskan kes ini, jadi kita masih menunggu daripada Fifa untuk mendapatkan keputusan. Liridon pula memang ‘kemas’ lima tahun,” katanya yang mendedahkan masalah sebenar dihadapi de Paula.