Pemain bola sepak lawan lebah

PERLAWANAN bola sepak di Tanzania ‘tergendala’ sementara apabila sekumpulan lebah berada di dalam kawasan padang bola sepak.

Dua pasukan tempatan, Pasukan Muda Afrika dan Iringa United bermain di Stadium Uhuru, Dar es Salaam.

Video dengan durasi 55 saat memaparkan aksi lucu pemain dan pengadil berdepan situasi itu.

Dalam keadaan yang panik hampir semua pemain kelihatan terbaring, lari menyelamatkan diri termasuk sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan turut bert!ndak menyelamatkan diri daripada di s3ngat lebah berkenaan.

Bagaimanapun perlawanan diteruskan semula beberapa minit kemudian dengan Pasukan Muda Afrika menewaskan Iringa United, 4-0.