Pemain bertaraf bintang akan menyertai The Red Warriors

KETUA Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah memberi bayang sosok bertaraf bintang akan mengemudi jentera ser4ngan pasukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Premier musim depan.

Yusri berkata pihaknya akan menggunakan sepenuhnya khidmat pemain tempatan itu di barisan paling hadapan sebagai strategi baharu Kelantan untuk menjaringkan lebih banyak gol pada musim depan sekali gus kembali beraksi di Liga Super musim 2021.

“Ini berikutan statistik sepanjang musim ini mendapati pemain import yang berkhidmat dengan Kelantan pada musim ini g4gal berfungsi dengan baik dan langkah menggunakan pemain tempatan di bahagian ser4ngan adalah strategi baharu kami.

“Saya akan mengekalkan 14 pemain daripada skuad terdahulu dan memerlukan tiga pemain tempatan selain empat pemain import,” katanya.

Beliau berkata pada majlis menandatangani kontrak bersama penaja turut dihadiri Presiden KAFA Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif After Image Sdn Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusri berkata selain itu The Red Warriors musim depan juga akan lebih seimbang dengan pemain senior yang akan berfungsi untuk membimbing pemain muda ketika bertemu dengan mana-mana pasukan.