Pemain berdarah kacukan Malaysia-Jamaica Beri Bayangan Bakal Beraksi Bersama Harimau Malaya

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong memberi bayangan beliau bakal beraksi bersama pasukan kebangsaan dalam jangka masa terdekat.

Ketika ditanya oleh salah seorang peminat di Instagram Story miliknya sama ada beliau berminat untuk beraksi bersama pasukan negara, Kobe memberi jawapan ‘Yes soon’ atau ‘ya tidak lama lagi.

Sebelum ini, Kobe Chong yang sudah beraksi di beberapa negara sekitar rantau Eropah seperti Itali dan England dicanang sebagai bintang masa hadapan bagi skuad Harimau Malaya.

Pemain berusia 18 tahun itu pernah beraksi bersama beberapa pasukan akademi antaranya Cagliari Calcio dalam saingan Seri A dan West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini, Kobe pernah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) namun tiada sebarang keputusan dapat dicapai kedua-dua belah pihak.

Jika beliau memilih untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa, maka pengalaman serta kebolehan yang dimiliki dilihat dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan negara.