Peluang Untuk JDT

Pasukan Liga Malaysia (Liga M) kini berpeluang mendapatkan pemain marquee selepas Yaya Toure dikatakan bersedia jika khidmatnya diperlukan untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Perkembangan itu disahkan oleh agensinya, Harcus Consultancy Group yang menjelaskan bekas pemain tengah Barcelona itu terbuka untuk peluang beraksi di liga Asia Tenggara selepas mencipta nama di Eropah dan Asia bersama pasukan Qingdao Huanghai sebelum ini.

Media antarabangsa, Goal.com melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Harcus, Richard Harcus menyuarakan hasrat pemain itu dalam satu kenyataan.

Kami gembira untuk bersama Yaya Toure di wilayah Asia Tenggara dan membantu seku tunya yang lain sebaik mungkin bagi memastikan kerjasama ini terus terjalin.

Kami mahu membantu mengembangkan lagi sokongan penyokong di Asia Tenggara sama ada di dalam mahupun di luar padang.

Ia bermula dengan kariernya di China dan kontraknya di China sudah berakhir. Kami mahu dia terus berada di sini dan membantu dia mendapatkan pasukan supaya penyokong di Asia dapat terus menyaksikan kel!batnya, kata Harcus.

Sebagai rekod, dia memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Barcelona dan Piala Negara Negara Afrika 2015 bersama Ivory Coast.

Dia turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika empat kali berturut turut bermula 2011 hingga 2014.

Ini bukan kali pertama Toure mengintai peluang ke Asia Tenggara kerana menurut sumber di Indonesia, wakilnya pernah cuba mendapatkan pasukan buatnya di republik itu tahun lalu namun tidak berjaya. Sekaligus Ini Peluang Terbaik Untuk Pasukan Liga Malaysia Terutama pasukan JDT yang Di lihat Paling berkemampuan dan berpotensi untuk dapatkan Beliau.