pasukan l@wan mula tidak senang duduk

PASUKAN Kedah bakal tampil mantap dan konsisten apabila mendapat suntikan dana tambahan berjumlah kira-kira RM3 juta bagi membolehkan mereka membuat pembelian pemain berstatus bintang untuk menghadapi saingan liga musim depan.

Menerusi impian mahu mencipta kejayaan lebih gemilang berbanding musim 2019, skuad Helang Merah antara terawal membuat pengumuman barisan pemain termasuk awang import sekali gus menyebabkan l@wan mereka mula tidak senang duduk.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata, peningkatan dana itu bukanlah tiket kepada pasukan untuk b0ros namun perlu digunakan sebaik mungkin dalam menguatkan lagi barisan pemain termasuk melaksanakan program pembangunan akar umbi secara konsisten.

Beliau berkata, beberapa kejayaan dicipta skuad kendalian Aidil Sharin Sahak musim ini berjaya menarik minat penaja untuk turut membantu memenuhi kantung KFA bagi memastikan matlamat musim 2020 dicapai.

“Pembelian beberapa pemain untuk musim depan dilakukan selepas melihat masalah melanda pasukan terutama membabitkan isu keced3raan sekali gus menyukarkan jurulatih membariskan keseb3lasan utama yang mantap.

“Kami berbelanja mengikut peruntukan dana dan ia ada peningkatan untuk musim depan menyebabkan KFA mengambil beberapa pemain mengikut keperluan posisi,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, berhubung penajaan syarikat penerbangan Qatar, Asmirul Anuar berkata, perkara terbabit belum dibincangkan lagi secara serius dan tiada kata putus mengenai penajaan terhadap Kedah.

“Sebenarnya perkara terbabit mula tvlar di laman sosial dan persatuan tidak pernah menyatakan perkara terbabit kerana ia hanyalah perancangan. Namun jika benar syarikat terbabit mahu menaja ia perkara positif terutama ketika Kedah sedang memantapkan lagi pasukan untuk musim depan,” katanya.