Pasukan Liga M manakah Menjadi Pilihan

Peny3rang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn menyatakan beliau mahu beraksi di saingan Liga Malaysia sebelum bersara dari dunia bola sepak profesional.

Menurut Adisak, beliau tidak mahu menamatkan karier di Thailand, sebaliknya mahu beraksi di luar negara seperti saingan Liga Malaysia dan juga V-League.

“Jika saya mempunyai peluang untuk beraksi di luar negara, saya mahu mencuba beraksi di Malaysia ataupun Vietnam. Tidak semestinya di Jepun seperti beberapa pemain Thailand yang lain.

“Saya mahu beraksi di luar negara kerana mahu mencuba budaya baharu. Saya benar-benar mahu melakukannya sebelum saya bersara,” kata Adisak.

Peny3rang kelab Port FC dalam saingan Thai League 1 ini tidak asing lagi bagi peminat bola sepak tanah air setelah kesalahan beliau pada perlawanan separuh akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu.

Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit terakhir permainan sekaligus membolehkan Malaysia mara ke perlawanan akhir menerusi peraturan jaringan di tempat lawan setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.

Sepanjang beraksi di saingan Thai League 1 dan juga bersama skuad kebangsaan Thailand, Adisak pernah memenangi beberapa kejuaraan antaranya Thai League 1 (2011, 2013, 2014, 2016), Thai FA Cup (2011, 2012,2013) dan Piala AFF Suzuki pada 2014.