Pasukan ke-147 dunia uji Malaysia

Pasukan yang berada di tangga ke-147 dunia Kuwait menjadi lawan seterusnya untuk menguji skuad kebangsaan Malaysia pada jun 2020 kelak.

Perlawanan persahabatan antarabangsa itu diadakan sebagai persiapan sebelum menentang jiran tetangga, Thailand pada perlawanan terakhir pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 melibatkan saingan Kumpulan G.

Ia bakal diadakan di gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan menentang Thailand pula akan dimainkan di Bangkok pada 9hb jun.

“Kami baru terima berita daripada Kuwait bahawa kami mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan, Jun depan, sebelum beraksi di Thailand. 

“Kami mungkin mengharungi perlawanan persahabatan di tempat sendiri sebelum berlepas ke Bangkok,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam kepada Stadium Astro

Usaha badan induk bola sepak kebangsaan untuk mencari lawan yang lebih tinggi rankingnya daripada pasukan kendalian Tan Cheng Hoe nyata menjadi tumpuan utama.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata dimana ia bakal memberikan pungutan mata yang tinggi sekiranya mendapat kemenangan serta memberikan pengalaman bersaing dengan pemain-pemain handalan di peringkat antarabangsa.

sumnber:foxsports

“Kami bukan sahaja menumpukan perhatian kepada (usaha memperbaiki) ranking tetapi perlawanan yang mencabar. 

“Ia diharap memberi pengalaman dan persediaan kepada pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya.” tambahnya lagi.

Ketika ini, Malaysia sedang menduduki tangga ke-154 dunia dan tangga ke-2 Kumpulan G.