Pasukan Liga Super Sedia Ambil Bekas Striker Kelab Liga Thai

Bekas striker kelab Thai League 3, Angthong FC iaitu Zafuan Azeman mendedahkan sebuah pasukan Lembah Klang berminat untuk mengambil khidmatnya.

Zafuan pulang ke Malaysia setelah kontrak beliau bersama Angthong terpaksa ditamatkan ekoran pand3mik COV!D-19 yang menyebabkan aksi liga terpaksa dihentikan buat sementara waktu sekaligus memberi kesan terhadap kewangan pasukan.

Ketika ditemubual Vocket FC, Zafuan menyatakan beliau ada mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan Lembah Klang, namun tidak ada kata putus sehingga saat ini.

Ada pasukan dari Lembah Klang menghubungi saya. Namun saya tidak boleh dedahkan pasukan mana. Kami ada mengadakan perbincangan tetapi tidak boleh mendapatkan kata putus kerana Liga Malaysia masih lagi dihentikan. Jadi mereka mengambil keputusan untuk tunggu dahulu, kata Zafuan.

Zafuan merupakan tiga pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League musim ini. Setelah beliau kembali ke tanah air, kini hanya Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Dominic Tan (Police Tero) yang kekal beraksi di sana.