Pasukan Berstatus Elit Dalam Liga Super Berhadapan Situasi Genting

BALA bakal menanti pasukan berstatus elit dalam Liga Super iaitu Melaka United apabila dikatakan ketika ini berhadapan situasi gen ting dalam menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan sebelum 30 April ini.

Segalanya mudah iaitu dengan hanya membayar saja mungkin boleh bebas daripada sebarang huku man namun sukar buat Melaka yang kini sudah kehabisan wang untuk membayar tunggakan RM800,000 itu.

Ketika ini apa yang boleh dilakukan pengurusan Persatuan Bolasepak Melaka (Musa) sedang memujuk pemain dan pegawai pasukan untuk bersetuju bagi menangguhkan lagi tunggakan gaji terbabit bagi mengelak pasukan dikenakan tind@kan terbabit.

Menurut sumber dalaman persatuan terbabit berkata, rata-rata pemain tidak bersetuju dengan penangguhan pembayaran tunggakan gaji terbabit memandangkan ketika ini mereka belum lagi menerima bayaran untuk Febuari dan Mac.

Beliau berkata, Musa sudah dua kali mung kir janji untuk membayar gaji pemain terutama membabitkan pasukan belia dan piala presiden sehingga ada antara mereka sudah tawar hati untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

“Jika kali ini Musa terus mengelak daripada membayar tunggakan gaji tahun lalu itu kemungkinan pemain akan naik angin dan membawa perkara ini ke pihak berkaitan untuk tinda kan lanjut.

“Saya difahamkan, pengurusan Musa akan membuat rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya memberi tempoh lagi untuk membayar hutang berkenaan selepas mendapat persetujuan pemain,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan pasukan terbabit menerima tamparan hebat apabila FAM memutuskan pemotongan tiga mata ke atas skuad Hang Tuah serta merta.

sumber: HM

Keputusan pemotongan mata itu diputuskan pada mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB) yang dipengerusikan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara teleconferencing bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain selepas mendapati Melaka gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

Ia sekali gus menyaksikan kedudukan Melaka yang berada di tangga ketiga Liga Super dengan enam mata akan berubah susulan keputusan berkenaan.

Malah, Musa turut berdepan pemotongan tambahan enam mata sekiranya masih gagal menyelesaikan juga baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga 30 April ini. Sementara itu, wakil Musa ketika dihubungi berkaitan perkara terbabit enggan mengulas berkaitan masalah pembayaran tunggakan gaji pemain itu.