Pasti Terpahat Dalam Sejarah Bola Sepak Malaysia

JOHOR BAHRU: Aksi 90 minit menentang Sabah menjadi penentu buat Johor Darul Ta’zim (JDT) sama ada mampu menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut atau tidak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Sememangnya ia detik yang ditunggu-tunggu skuad kendalian Benjamin Mora selepas usaha menoktahkan kejuaraan lebih awal terbantut apabila sekadar seri 2-2 ketika menentang PJ City, 25 September lalu.

Apapun, Mora tetap berwaspada dan enggan terlalu ghairah menjulang trofi, seballknya mahu memberi sepenuh fokus bagi persiapan melayani skuad Tembadau yang kini menghuni di tangga kesembilan liga.

“Walaupun kami hanya perlu mencari satu mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super, hakikatnya kami perlu waspada dengan corak permainan Sabah yang pasti akan turun habis-habisan untuk mencari kemenangan.

“Kami mahu beri tumpuan 90 minit perlawanan dengan membu ru kemenangan. Selepas itu barulah boleh memikirkan untuk menjulang kejuaraan liga di stadium baharu serta di hadapan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” katanya.

Untuk membu ru kemenangan di laman sendiri, Mora pasti akan menurunkan kesebelasan terbaik apabila berdepan Sabah dan kemungkinan kelibat rangkaian ser@ngan Safawai Rasid, Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera menjadi pertaruhan untuk mengg3mpur benteng Sabah.

Mora juga harus memikirkan untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan supaya tidak mudah ditembusi serta membina persefahaman lebih mantap bagi mengelak melakukan kesilapan mudah.

Seandainya, kemenangan mampu direalisasikan, ia pasti terpahat dalam sejarah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang menjuarai liga tujuh musim berturut-turut dan pasti sukar di atasi mana-mana pasukan lain.