Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

Gambar kesebelasan utama pasukan AMD B16 yang bertanding dalam kejohanan Piala Belia menjadi tumpuan apabila kelihatan dengan jelas bahawa jersi yang digunakan dalam perlawanan itu ada yang sudah tertanggal logonya dan ini telah menjadi satu persoalan adakah NFDP sudah ‘ker!ng’ atau ‘sengkek’?

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Harian Metro hari ini, jersi tersebut merupakan jersi lama yang pernah digunakan oleh skuad terdahulu termasuk Luqman Hakim Shamsudin yang kini dilihat beraksi dengan skuad Selangor II.

Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan melahirkan rasa kec3wa beliau dan mengakui sanggup menghulurkan bantuan sekiranya NFDP kini berdepan dengan mas@lah kewangan.

“Kenapa Team AMD pakai jersi lama, logo pun dah tercabut? Susah sangat mai jumpa saya,” kata Khairy Jamaluddin yang memberi komen di Instagram rasmi NFDP.

sumber: vocketfc

Komen Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi tersebut bagaimanapun telah dipadamkan oleh pengendali atau admin laman sosial Instagram berkenaan, dan mungkin ada penjelasan yang perlu dibuat oleh pihak NFDP untuk menjawab persoalan ini.

Kemaskini 9.30PM, 19 Mac 2020: Pihak NFDP telah memuat naik kenyataan rasmi berkenaan perkara ini.