Pahang pinjam lima pemain

Pasukan Pahang akan mendapatkan khidmat sekitar empat ke lima orang pemain pasukan simpanan, Johor Darul Ta’zim (JDT) II bagi mengharungi saingan Liga Super 2020.

Ia bagi mengimbangi sejumlah pemain import dan tempatan yang telah dilepaskan oleh skuad Tok Gajah sejak berakhirnya saingan bola sepak tempatan musim 2019.

Antara pemain yang disahkan ‘bercerai’ dengan pasukan naib juara Liga Super 2019 itu ialah Safuwan Baharudin, Saddil Ramdani, Zubir Azmi, Wan Zaharulnizam, R. Kogileswaran dan beberapa nama lagi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh SemuanyaBOLA pada hari ini.

”Kami memang dalam pertimbangan untuk meminjamkan empat hingga lima pemain JDT II ke Pahang,” ujar Tunku Ismail.

Setakat ini, tiada sebarang info berkenaan pemain manakah daripada pasukan JDT II akan ke Pahang secara pinjaman. Kemungkina ianya melibatkan kalangan pemain tempatan.

Namun seorang penyokong tegar JDT, Juan Budiman menyeraikan 9 orang pemain yang berpotensi untuk ke Pahang secara pinjaman. Ia terdiri daripada Hasbullah Abu Bakar, Fazly Mazlan, Che Rashid, Rozaimi Rahman, Adib Zainuddin, S. Kumaahran, Gabriel Nistelrooy, Feroz Baharudin dan Arif Aiman.

sumber: semuanyabola

Pasukan yang menjuarai Piala Cabaran 2019 juga telah melepaskan sebahagian besar pemain-pemain import, kacukan dan tempatan seperti Aaron Niguez, Samuel Sommerville, Darren Lok, D. Saarvindran, Dominic Tan dan lain-lain lagi.