Pahang Ikat Pemain dari Brazil dan Filipina

KUANTAN: Ivan Carlos dan Adam Reed, masing-masing dari Brazil dan Filipina sah menyertai skuad Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Carlos, 31 dan Reed, 29 akan memperkasakan jentera ser@ngan dan tengah sekali gus mengesahkan Pahang kini memiliki tiga import Pahang. 

Mengesahkan dua import baru itu, pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran mereka diharap memberi impak positif kepada pasukan itu. 

“Dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain ini ia akan memperkemaskan lagi jentera pasukan terutama di bahagian ser@ngan dan tengah. 

“Mereka sudah berada di sini dan mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan diharapkan segalanya berjalan lancar,” katanya. 

Berdasarkan rekod, Carlos pernah bermain di Liga Indonesia bersama kelab Persela Lamongan dan Persija Jakarta. 

Musim lalu, peny3rang itu bermain dengan kelab AEL Limassol yang beraksi di Liga Cyprus sementara Reed yang juga pemain kebangsaan Filipina, bermain bersama kelab Thailand, Chainat Hornbill FC musim lalu. 

Selain Carlos dan Reed, Pahang sudah memiliki pemain pertahanan import, Herold Goulon dari Perancis. 

Ditanya baki dua kuota pemain import, Mohammed Suffian berkata, skuad itu lebih berminat untuk mendapatkan pemain peny3rang dan tengah. 

Namun, katanya segalanya berg@ntung kepada taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap. 

“Setakat ini tiada lagi kata putus dan pengesahan dua lagi pemain import yang bakal menyertai skuad Tok Gajah,” katanya.