Omar Ada Dalam Skuad Red Star

“Wonder kid” yang berjaya menandatangani kontrak bersama kelab gerg@si Serbia, Red Star Belgrade, Omar Raiyan Kama Azlan tersenarai dalam skuad B-17 tahun pasukan itu untuk menghadapi saingan musim 2020/2021.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Twitter yang membawa perkembangan mengenai pemain Malaysia di luar negara, Harim@u Abroad dimana skuad B-17 tahun akan dibimbing oleh Marko Nedic.

Omar Raiyan menjadi sor0tan pada Jun lalu dimana beliau berjaya menandatangani kontrak bersama bekas pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu dan menurut bapa Omar, pemain yang lahir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini sudah bersama Red Star sejak bulan Ramadan lalu.

Omar dianggap pemain tengah yang memiliki potensi untuk menyinar dimana beliau pernah menyertai akademi Manchester City pada usia 9 tahun.

Selain itu, Omar juga pernah memenangi Piala Iber pada 2019 lalu, kejohanan sama yang pernah dimenangi oleh skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2015.

Selain Omar, Red Star turut mempunyai seorang lagi anak Malaysia iaitu Adam Hamid yang beraksi sebagai pertahanan kiri.