Nilai Pasaran Semasa Pemain Malaysia

Saingan Thai League musim ini diwarnai oleh tiga pemain Malaysia yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan baik bersama pasukan senior mahupun skuad bawah umur.

Ketiga-tiga pemain ini sudah pasti mempunyai nilai pasaran dan di sini kami senaraikan nilai pasaran semasa tiga pemain iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Dominic Tan dan Zafuan Azeman berdasarkan penilaian laman Transfermrkt.

1. Norshahrul Idlan Talaha (RM700,000)
Hasrat untuk melihat Norshahrul beraksi di luar negara akhirnya terlaksana apabila beliau menyarung jersi BG Pathum United.

Bersama juara Thai League 2 musim 2019 itu, Matyo beberapa kali diturunkan dalam kesebelasan utama sebelum saingan dihentikan kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19). Matyo menjadi pemain dengan nilai tertinggi dalam senarai ini.

2. Dominic Tan (RM235,000)

Musim 2020 merupakan musim kedua Dominic bersama Police Tero. Setakat ini, bekas pemain skuad B-23 tahun negara itu hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam saingan Thai League 1.

3. Zafuan Azeman (RM300,000)
Nilai pasaran semasa Zafuan Azeman tidak diambil daripada laman Transfermrkt.

Berdasarkan sumber yang pernah menguruskan Zafuan ketika menjalani tempoh ujian bersama Yangju Citizens di saingan K-League, Angthong meletakkan release clause sekitar ฿3 Juta atau sekitar RM300,000.