Newcastle United Mahu Dapatkan Luqman Hakim?

Perkembangan terbaru mengenai Luqman Hakim menyaksikan salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United dikhabarkan menawarkan kontrak kepada peny3rang skuad B-19 Tahun negara itu.

Newcastle menjadi sebutan setelah Luqman menandatangani kontrak bersama sebuah ejen yang berpangkalan di London iaitu EL-EF Sport. Slah seorang ejen EL-EF yang mewakili Luqman iaitu Lionel Foy dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Newcastle.

Sebelum ini, sebuah kelab yang tidak diketahui namanya yang beraksi di saingan EPL mahu mendapatkan khidmat Luqman selain kelab dari Belgium, KV Kotrijk. Kelab tersebut mahu mengukuhkan reputasi mereka di rantau Asia Tenggara dan Luqman dilihat mampu menyumbang dalam usaha tersebut.

Kelab tersebut bersetuju untuk meminjamkan pemain itu ke KV Kortrijk selama dua ke tiga musim Tujuannya ialah bagi memastikan pemain berusia 18 tahun itu mendapat minit bermain yang cukup selain memperoleh visa untuk beraksi di England pada masa akan datang.