Newcastle Akhirnya Bersuara

NEWCASTLE United mengesahkan wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak memiliki sebarang perancangan untuk mendapatkan khidmat pemain muda berbakat negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Lebih tepat, The Toons menegaskan pihaknya tidak akan membawa mana-mana muka baharu termasuk Luqman ke dalam skuad kendalian Steve Bruce kerana Newcastle kini di ambang proses pertukaran di mana pemilik kelab, Mike Ashley dikatakan telah bersetuju untuk melepaskannya.

Menurut jurucakap Newcastle ketika dihubungi Sinar Harian semalam, pihaknya mengakui tiada sebarang rundingan atau perbincangan untuk membawa Luqman ke England seperti mana yang dihebahkan media-media Malaysia.

Memang tiada sebarang perjanjian (untuk membawa Luqman ke Newcastle).

Kelab ini (Newcastle) sedang fokus untuk kembali pulih daripada pandemik C0vid-19 dan memberikan perhatian pengambilan pemilik kelab baharu dalam tempoh akan datang.

Newcastle dapat mengesahkan bahawa tiada sebarang perjanjian atau rundingan buat Luqman buat masa ini,katanya.

Terdahulu, pengkr!tik bola sepak England melabel Newcastle sebagai kelab zomb!e selepas tiada sebarang pergerakan aktiviti dalam pihak pengurusan sepanjang pand3mik C0vid-19.

Dalam masa yang sama, penyokong-penyokong mereka sedang menantikan pengambilalihan pemilik baharu dalam usaha menghidupkan kembali kegemilangan The Toons.

Ini kerana pemilikan status pemilik baharu masih menjadi tanda tanya selepas taikun media Amerika Syarikat, Henry Mauriss telah bersedia menc@bar Putera Arab Saudi dengan membida kelab berpangkalan di Newcastle itu.

Sebelum ini, Luqman yang muncul sebagai salah seorang daripada 60 pemain muda terbaik di dunia, dikatakan telah telah menerima tawaran daripada dua kelab Eropah iaitu Newcastle dan wakil Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Luqman sebelum itu turut mendapat tawaran menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk.

Bagaimanapun, kolumnis Sinar Harian menyifatkan pemain tempatan harus mengetahui hala tuju dalam meningkatkan karier mereka dan tidak membenarkan mana-mana individu mengambil kesempatan mereka dalam senario perpindahan ke luar negara.

Luqman dinasihatkan supaya mengambil nasihat yang betul dan mengkaji setiap aspek selepas ejennya, Lionel Foy dilaporkan dalam portal memberitahu kliennya akan membuat keputusan untuk menyertai kelab baharu pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan pintu sentiasa terbuka buat Luqman untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan proses perpindahan pemain ke luar negara.

Jelas Hamidin, FAM menjadi platform terbaik untuk menjadi tempat rujukan utama buat pemain berusia 18 tahun yang berasal dari Kelantan tersebut.

Pertengahan bulan ini, Luqman telah menandatangani perjanjian bersama Foy yang bertindak menjadi ejennya dan Foy telah membuat pendedahan bahawa kliennya kini berada dalam radar Newcastle dan Bayer Leverkusen.