Nazrin Nawi idam kembalikan zaman kegemilangan

Pemain sayap, Nazrin Nawi mengidam untuk membawa Kelantan mengecapi semula era gemilang sepertimana ketika pasukan itu mendominasi arena bolasepak tempatan beberapa tahun lalu.

Kelantan pada satu ketika berjaya muncul kuasa besar bolasepak tanah air dengan menjulang satu demi satu trofi dengan yang paling diingati pastinya kejayaan treble bersejarah pada 2012 apabila mereka memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Trofi terakhir yang dimenangi adalah Piala FA pada 2013 manakala kali terakhir mereka begitu hampir memenangi piala adalah pada 2015 apabila layak ke final Piala FA. Selepas itu bermula zaman kejatuhan Kelantan disebabkan krsis kewangan kr1tikal dan dalam tempoh dua musim terakhir, pasukan itu banyak mencur1 tumpuan atas sebab yang negat1f.

Bagi Nazrin Nawi, anak jati Kelantan kelahiran Tumpat dia yakin musim 2020 akan menjadi musim kebangkitan pasukan itu dan meletakkan kepercayaan tinggi pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan mengusahakan jalan terbaik untuk keluar daripada segala keme lut.

“Selepas lama merantau, saya berbangga untuk akhirnya bermain dengan Kelantan, negeri kelahiran saya buat pertama kali, dan saya mahu menjadikan penampilan sulung ini sebagai penampilan yang akan diingati. Saya mahu memanfaatkan segala pengalaman untuk membantu pasukan layak ke Liga Super 2021 dan mengembalikan detik gemilang bolasepak Kelantan.

“Dengan kerja keras pengurusan, komitmen tinggi pemain dan sokongan padu penyokong, saya beranggapan ianya boleh direalisasikan. Kelantan akan kembali sebagai pasukan yang lebih kuat,” ujar Nazrin Nawi yang turut pernah bermain untuk Negeri Sembilan, Johor Darul Takzim, Perak dan Melaka United.

Antara pencapaian terbaik karier pemain berusia 31 tahun itu adalah menjulang Liga Super tiga kali pada 2014, 2015 dan 2016 selain Piala AFC pada 2015, kesemuanya bersama JDT.